Isnin, 10 Januari 2011
:: gembiranya saya ::
THANKS posmen sebab rajin buat kerja..dah la bukan SATU je tak sampai..
"GEMBIRA"nya saya T___T
Rabu, 24 November 2010
teman tok beli barang dapur
Sent from my BlackBerry® smartphone
Powered by ShowMeBlogger.com
Sabtu, 2 Oktober 2010
:: Kempen guna barangan terpakai ::
kan yong nk bukak spa lain..so kena la cari barang-barang yang diperlukan..
kebetulan.kawan abah.ada nak jual katil facial kepunyaa anak dia.sebelum ni anak dia ada bukak spa.but da close da.so ada barang-barang yang dia da tak nak..yong dan abah pon pergilah ke tempat tuh.bila da sampai tengok dorang dok sebok kemas-kemas barang nak kena keluarkan sebab ada penyewa lain nak sewa tempat tu.yong tengok katil facial tu pon oke lagi.tak ada koyak-koyak apa pon..masih bole dipakai.jadi kitrg trus beli :)
bila da amik katil..kawan abah suruh amik tempat untuk bertangas skali..Alhamdulillah dia kasi free..sekali ngn langsir dia tau.so pasni..hari-hari yong bole bertangas..yay! err..korang tahu tak bertangas tu apa?
kepada kaum wanita.takkan xtahu bertangas tu apa..sila google ya untuk maklumat lanjut..mmg besh ye bertangas ni..rasa segar je badan ni ha..baik untuk kesihatan dalaman kita sebagai wanita..cewah! oh ada sapa-sapa nak bertangas? meh datang rumah yong yer...
da dua barang ktrg amik..last, kawan abah bagi meja komputer..wah! yong sungguh happy sebab meja ni pon FREE..yong da lama nak meja baru..sebelum ni yong hanya gunakan meja yang da buruk dan usang! hehe
da dapat yang baru..yang lama dilupakan..yang baru ni lebih panjang dan selesa..nampak baru lagi..walaupon barangan terpakai/secondhand.tapi ini semua da buat yong btol-btol happy :)
nota Alinac-pasni harap yong dapat bukak satu tempat berniaga dengan lebih baik.yong harap sangat! amin :)
Sabtu, 22 Mei 2010
:: Cium anak pon boleh dapat pahala taw ::
Entri kali ni adalah dari e-mail yang saya terima dari kawan. Isi kandungannya yang agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca blog ini.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? “
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
