Memaparkan catatan dengan label alinac kitchen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alinac kitchen. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

RESEPI MUDAH AYAM PAPRIK ALA THAI

Assalamualaikum.. hari ni yong rajin. maka ada la masak sikit hehe actually tengah belajar memasak ni.. bagi lebih mahir. nanti dah kawin senang nak masak :p

ok so today kita masak Ayam Paprik ala thai. since teringin nak makan kacang panjang. so paprik la menu paling cepat daku fikir. mudah je sebenarnya nak masak. banyak guna sos-sos je. so tanpa membuang masa jom check it out resepi dan cara nak masak.


Penyediaan

Ayam (ikut suka nak masukkan berapa banyak)
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia seinci - dihiris
Cili merah - dihiris
Cili padi-ketuk sikit
Serai sebatang- dititik
Kacang panjang- potong kecil-kecil
Tomato sebiji - potong
Lobak merah sebatang - potong
Daun limau purut
1 sudu besar Sos tiram 
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar Cili kisar
Air
Minyak 
Garam secukupnya
Gula secukupnya


Cara masak

Masukkan minyak. Panaskan.
Goreng bawang merah, bawang putih, halia, cili merah. 
Masuk sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, cili kisar dan gaul sebati.
Masukkan air dan ayam. Juga garam dan gula.
Seterusnya masukkan lobak merah, kacang panjang, dan cili padi. Kacau lagi.
Bila kuah hampir pekat masukkan tomato. 
Cuba rasa sikit. if tak masin boleh tambah garam sikit lagi ye :)
dan siap!

Selamat mencuba.



Ahad, 5 Februari 2012

Resepi : Banana Chocolate Cake | Kek coklat pisang mudah

Salam semua..dan selamat pagi..hari ni yong nak share satu simple recipe yang yong baru buat kemarin..serius sangat senang nak buat kek ni sebab yong x perlu nak keluarkan penimbang and mixer pon..semua nya sukat guna cawan and pukul telor secara tradisional jerk :p


resepi asal from Intan berlian.. dari dulu suka skodeng kek coklat kat blog beliau..maka harus kita try kan? kredit to intan!




RESEPI
2 cawan gula (400gm)
1 3/4 cawan tepung (245gm)
3/4 cawan serbuk koko (75gm) - ayak
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
2 biji pisang besar ( 1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
1 cawan air suam/panas (240ml)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar (120ml)
1/2 cawan minyak sayur (120ml)

CARA-CARANYA:

1) Preheat oven 175 celcius

2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.

3) Dalam satu bekas lain, pukul 2 biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek, minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai sebati menggunakan senduk.

4) Dalam satu bekas lain, campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati.

5) Buat lubang di tengah-tengah bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati dan tak berketul-ketul.

6) Sapukan minyak/butter pada permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven pada suhu 175 darjah celcius selama 35-40 minit.


Topping

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter
* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati


macam biasa..pas buat resepi baru harus lah kita simpan resepi ni dalam blog masakan pulak ye dak?? oke..pasni nak cari resepi sila ke Alinac Kitchen yer :)

tata

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...