Memaparkan catatan dengan label POSITIF THINKING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POSITIF THINKING. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2011

Bagaimana Untuk Membina Minda Positif Sebagai Seorang Usahawan

Seperti mana yang kita tahu, seorang usahawan perlu sentiasa bersikap positif. Bersikap positif boleh memberi keyakinan pada diri kita. Keyakinan adalah senjata utama dalam dunia perniagaan. Berikut adalah tujuh cara untuk membina minda yang positif.

1. Mengamalkan sikap positif.
Jika anda ingin berfikir positif, anda perlu mengamalkan sikap yang positif juga. Jika tidak, berfikir positif hanya akan menjadi angan – angan sahaja. Bersikap positif akan membentuk minda yang positif.


2. Berkata – kata dengan positif
Kata – kata yang positif boleh memberi aura yang positif. Jangan kata cuba tetapi kata saya mesti boleh. Jangan kata tak pasti tapi kata boleh jadi. Sentiasa melontarkan kata – kata yang positif.


3. Berkawan dengan mereka yang bersikap positif.
Jauhkan diri dari mereka yang bersikap negatif kerana ia memang akan menggugat pemikiran anda. Berkawan dan berbincanglah dengan mereka yang sentiasa berfikir positif.


4. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang positif.
Jika ada dugaan dalam perjalanan perniagaan anda, anda perlu sentiasa positif. Jangan fikir akan kerugian tetapi fikir apa yang anda belajar dari dugaan tersebut.


5. Bayangkan imej yang positif.
Manusia selalu ingin membayangkan sesuatu yang negatif. Anda perlu lawan perasaan ini dan sentiasa membayangkan imej yang positif – positif belaka.


6. Anda positifkan fizikal anda.
Jika anda rasa rendah diri kerana gemuk, anda perlu kuruskan badan. Jika anda rasa negatif sebab jerawat di muka, anda perlu berusaha untuk hilangkannya. Di saat anda positifkan fizikal anda, minda anda juga akan bersikap positif.


7. Memikirkan perkara yang menggembirakan.
Seorang usahawan sentiasa menggembirakan hatinya dengan kemewahan yang bakal mereka terima nanti. Anda perlu berfikir perkara yang menggembirakan. Jika anda kaya, keluarga anda akan hidup senang, anda akan beli kereta untuk anak anda dan sebagainya. Berfikir perkara yang boleh menggembirakan anda.

sumber-Shaliza Aziz

Isnin, 3 Januari 2011

:: POSITIF THINKING ::

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib
tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang,
anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa,
anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap
mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal
pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda
akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ?Aku malaslah hari ini??Akuboring la hari ni?,anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi.
Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ? Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita. ?

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH ia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda . Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dangelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan
seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda . Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci
itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah..anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan
padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya .

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut
dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi .

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa
itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan
kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus .

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

sumber-email

Selasa, 21 Disember 2010

:: perasan tak ?? ::

salam semua...korang perasan tak? entri yong sekarang main pendek-pendek jerk? kalo panjang pon bukan ayat-ayatnyer.dah tak brapa nak ada story kan? cuma banyak kasi info jerk..

tah la..mood merudum barangkali..tapi masih lagi nak jadi blogger yang sentiasa update entri.semoga mood yong bakal baik-baik aja..

semoga banyak lagi info yang dapat yong berikan kepada anda semua..
nak copy? takda masalah..sharing itu sedekah? ye dak? hehe

oke..jumpa lagi naa..wassalam :0

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...