Memaparkan catatan dengan label lontong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lontong. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2011

Keyword today : Resepi Lontong

3ribu lebeh org da tengok resepi lontong yong? kagum!


30 lebeh untuk today jerk? kagum lagi sekali hahaha

siyes..sejak kebelakangan ni yong tengok keyword untuk resepi lontong ni makin menjadi-jadi..maybe sebab mood raya masih ada dan open house masih ada di merata-rata.so haruslah lontong menjadi salah satu juadah utama time open house nanti.insyaAllah yong akan upload gambar lontong yong buat pulak ek~ ada resepi je pon ramai yang tengok..kalo ada gambar terus jilat skrin kot kah3~

oke..nak resepi? meh klik sini~~~> Alinac Kitchen

Khamis, 23 Disember 2010

:: Resepi Lontong Mudah ::

perlu ke letak mudah kat tajuk tu? hahahha mestilah perlu..sebab yong kalo nak cari resepi kat goggle.mesti nak je ada perkataan mudah tu..so maksudnya resepi tu pon mudah la kan?
oke jom kita teruskan perjalanan resepi kita..sebab semalam yong buat entri tentang lontong..maka haruslah letak sekali dengan resepinya kerana jika tak letak..pasni terkial-kial cari resepi mesti takdenye nak jumpa lagi..hahha

resepi yang sungguh mudah..tak tahu pulak resepi kacang jerk (pergh! baru belajar sekali da bongkak!) hahaha

Lontong

Bahan-Bahan:

8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
4 cawan santan pekat, asingkan bahagian atas santan dan ketepikan (bole je nak kurangkan santan atau nak tambah susu atau tambah air ya)
Garam secukup rasa
kacang panjang, dipotong 2 cm panjang
Lobak merah dipotong panjang-panjang
3 keping tauhu basah, dipotong enam
4 keping tempe, dipotong 2 cm panjang
4 keping tauhu kering, dipotong enam

Cara:
kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masak bahan kisar bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam.serbuk perasa secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, lobak merah,tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit masukkan tauhu kering. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.
______________________________________________________


haa.masa dok melaka dulu kalo makan lontong kena ada sambal.tapi semalam yong tak buat la..ni resepinya.


Sambal Tumis

Bahan-Bahan:

2 ulas bawang besar,
Lada kisar,
1 sudu belacan (digoreng dahulu)
½ cawan santan pekat,
Ikan bilis,

Garam,
Serbuk perasa…

Cara-cara? macam biasa la..takkan sambal pon tak reti masak? (masalahnya memang tak reti pon..hahaha) hentam aja oke..bahan-bahan da betul mesti menjadi punya..gud luck! kekeke

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...