Rabu, 12 Oktober 2011

MISKIN BANDAR | nak ker??


Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 – 
Wilayah Kota

RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 
mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 
ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah 
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).




Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, 

langkah itu perlu dilakukan memandangkan kategori miskin 
bandar tidak boleh disamakan dengan definisi miskin yang 
diguna pakai di bawah sistem data kemiskinan e-Kasih 
sekarang.

Katanya, justeru definisi baru miskin bandar ini akan 
membolehkan lebih ramai warga kota mendapat pelbagai 
bantuan kerajaan sejajar dengan hasrat mewujudkan 
kesejahteraan bandar.

”Namun harus ada perincian lanjut pada maksud pendapatan 
bawah RM3,000. Maksudnya bukan semua yang 
berpendapatan bawah RM3,000 layak.

”Sebaliknya kita tengoklah berapa orang anak dan perkara-
perkara lain sebelum boleh kata orang itu tergolong dalam 
miskin bandar,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan 
Hari Krismas anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini 
hari ini.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, antara perkara paling 
pokok berhubung bantuan yang akan diberikan kepada 
mereka yang tergolong dalam miskin bandar ialah soal 
perumahan.

Sehubungan itu katanya, beliau yakin kerajaan akan memberi 
lebih peruntukan pada aspek itu yang akan diperbesarkan lagi 

di bawah RMK-10 selain bantuan-bantuan lain yang akan 

diteruskan seperti unit saham amanah.


”Menjadi hasrat kerajaan supaya lebih ramai masyarakat 
bandar yang dikategorikan miskin bandar dapat menerima 
manfaat bantuan kerajaan. Jadi di sinilah tugas utama 
kementerian untuk mempertingkatkan lagi jumlah mereka yang 
layak menerimanya.”

”Sebelum ini tak ramai yang dapat kerana rujukan adalah pada 
e-Kasih tetapi untuk RMK-10 dengan bermula tahun 2011, 
asas-asas definisi miskin bandar akan diubah sama seperti 
yang pernah disuarakan Perdana Menteri,” jelasnya.

Adakah kita dalam kategori ini? fikir-fikirkan dan selamat beramal :)


Tiada ulasan:

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...