Isnin, 6 Jun 2011

:: Tazkirah: Larangan Ketawa Melampui Batas ::

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut "Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak">

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?" (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau : 
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah. 

Baqarah [114].tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah


 

4 ulasan:

kak ina kl (1) berkata...

tq sudi kongsi info.

wah jelousnya tgk kamu pandai buat macaron..bolehlah ambil oder lepas ni

cikgu isza berkata...

tulah akak dah kata.. barat nak memesongkan kita.. ketawa boleh jadi awet muda kononnya.. yang sebaliknya disembunyikan..

munna berkata...

teringat jiran sebelah klu ketawa mengilai2

Ardini Humaira berkata...

betul3.. Rasulullah selalu senyum, jaran ketawa apatah lai ketawa terbahak2. hehe

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...