Rabu, 15 Jun 2011

:: tajupakalee | apa lah mamak nih! ::

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. 
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
 
 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. 
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt 
satu window tanya password..
 
 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 
 
"Yes boss?"
 
 
"Sini wifi aper dia punya password?"
 
 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt 
window mintak password.
 
 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 
 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam 
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
 
 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. 
Lantas gua tekan 'OK'
 
 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai 
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
 
 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 
 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 
 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
 
 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya 
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia. 
 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
 
'tujuh empat kali' boleh tak?"







nota Alinac: lawak ah mamak ni.sekeh nak? :P

2 ulasan:

kakchik@ella berkata...

hihihi. kelakar!!

☻UsaGi NaNa☻ berkata...

7777 nih ke??hahahahhha!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...