Khamis, 23 Disember 2010

:: Si Jutawan dengan Si Penulis ::

Pada suatu hari, hidup dua rakan berjiran. Satu ialah seorang jutawan dan satu lagi ialah seorang penulis. Si jutawan berkerja keras untuk mengumpul duit sehingga dia berjaya mendapat gelaran jutawan. Si penulis mempunyai duit tidaklah banyak sangat. Dia juga berkerja keras, tetapi untuk mendapat gelaran penulis.
Suatu hari kedua -dua mereka rumahnya dirompak. Separuh dari harta Si jutawan dirampas perompak. Si penulis pula, hampir semua hartanya diambil. Hanya cukup untuk hidup sahaja.Beberapa hari selepas kejadian tersebut mereka berjumpa. Si penulis melihat Si jutawan lebih sedih dari dirinya.
Si Penulis:Wahai kawan, kenapa kamu teramat bersedih dari aku.
Si Jutawan:Kenapa tak sedih, separuh harta aku diambil.
Si Penulis:Kenapa perlu sedih, separuh sejuta pun masih banyak lagi. Aku pula, hampir semua harta aku diambil.
Si Jutawan:Aku bekerja keras untuk harta itu. Sekelip mata hilang begitu sahaja. Ada suatu benda yang teramat berharga diambil dari aku, yang tidak diambil dari kau.
Si Penulis:Apakah itu?
Si Jutawan:Gelaran. Engkau masih lagi ada gelaran penulis. Aku... aku hanya bergelar bekas jutawan.
Si Penulis memahami kenapa dia tidak sesedih Si (bekas) Jutawan. Hanya dirinya sendiri berhak menentukan samada dia penulis. Pangkat, jawatan dan darjat boleh ditarik balik bila-bila masa. Harta boleh hilang dalam sekelip mata. Cerita seorang penulis dapat kekal lamanya. Wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi perbuatan, jasa, dan amalan kita akan sentiasa disisi kita di mana jua.
Tamat

5 ulasan:

SINGALAUTMETRO berkata...

untuk menulis, keringat dan air mata selalu sangat dijadikan tinta. ia mencatat sesuatu menjadi lebih kekal lama, malah tak basah atau lekang dek musim.

Untuk mencari duit, kadang-kala tak perlukan keringat. kadang-kala hanya dengan air liur..dan sedikit akal yang curang..

tomatokering berkata...

suka entri nie XD

Cik Kira berkata...

cerita penuh pengajaran :)

Unknown berkata...

entry yang sangat bagus
ini mengingatkan kak ayu pada air dan tanah

yang pasti gelaran hanya didunia nyata..

yong..malam karang ada sesuatu utk kamu

izyantyPersonalTaste berkata...

betol gak kan...like2 :)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...