Rabu, 15 Disember 2010

:: Pasangan bercinta bergelut dengan nafsu (Dr Salam) ::

SAYA pelajar sebuah maktab berusia 18 tahun. Saya ada teman lelaki yang kini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Kini saya cukup tertekan kerana tidak dapat mengawal nafsu saya.

Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan, tetapi tidak mendapat restu keluarga.

Salahkah kami berkahwin pada usia muda untuk mengelak maksiat berlaku?

Kami sering berhubung dan bercakap berkenaan masa depan.

Kadang kala percakapan kami gagal dikawal dan sering bernafsu.

Apabila sedar, kami mohon maaf dan minta ampun daripada Allah.

Kami tidak sanggup menanggung keadaan ini dan sampai bila ia akan berlarutan. Apa perlu kami lakukan?


JEZRIN
Negeri Sembilan


ISLAM sangat menggalakkan umatnya supaya membangunkan institusi keluarga melalui perkahwinan. Alangkah baiknya sekiranya setiap keluarga yang mempunyai anak dewasa merancang perkahwinan untuk anak mereka.

Dengan berbuat demikian, keluarga baru akan terbentuk dan tata susila dapat dijaga.

Apabila keluarga tidak memandang soal pembentukan keluarga dan akhlak dan hanya menumpukan kepada pencapaian ekonomi dan material semata-mata, tentu akan berlaku kerosakan kepada individu dan masyarakat.

Maka akan timbul pergaulan bebas dan berlakunya zina. Ibu bapa perlu mengambil berat peralihan usia anak ke alam remaja dan dewasa.

Mereka perlu dididik supaya tidak bergaul secara bebas. Islam menyarankan supaya perkahwinan dipermudahkan dan dititikberatkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.

"Dan sesiapa antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai."

Begitu juga al-Quran menyarankan supaya perkahwinan digalakkan dalam semua peringkat umur dan status seseorang dalam Firman Allah s.w.t: "Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui. Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, ..." (Surah al-Nur ayat 32-33)

Al-Quran juga menyarankan supaya setiap umat Islam perlu menjaga kehormatan diri sekiranya tidak mampu untuk berkahwin atau ada halangan tertentu.

Begitu juga dengan anda berdua, kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak terjerumus dalam noda dan maksiat. Bawalah berbincang dengan keluarga masalah anda berdua.

Tentu mereka memahami jiwa anak muda yang sedang asyik bercinta. Mudah-mudah mereka merestui hasrat untuk berumahtangga walaupun masih muda.




sumber-email

6 ulasan:

PIDUT ASiS berkata...

tuan punya blog bila pulak nak kawin??hahahaha

SINGALAUTMETRO berkata...

Kahwin sebaik-baiknya walaupun masih muda..TAPI JANGAN SAMPAI SHARIZAT TAHU. NANTI DIA MEMBEBEL

Citarasa Rinduan berkata...

SAH...kalau tak boleh kawal nafsu..kena puasa..
tak boleh juga...kawin lah..tak cukup umur?. minta izin di pejabat agama..

Lady SharpShouter berkata...

info sgt menarik.saya pun gatal jugak kdg2 rasa nak kahwin, tp tak mampu.huhu

Sophia Rani berkata...

tiba2 rasa nak kawen... huhu

Hasrol Nizam berkata...

jawapan cliche sekarang, tak mamapu. so kena la berpuasa

Pendapat anda?
Dalam hidup ini, kadang-kadang

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...