hari ni yong nak share ngn korang about logo-logo yang ada pada kereta mewah..amacam? layan je ek..
Salib  merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang  pertama yang memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini saat  perang salib I. simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.
 Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia 2.
 Lambang  kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang)  Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.
 Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.
 Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.
 Lambang lembing di atas bukan lambang setan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.
 Lambang bintang berbucu tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.
 Lambang  4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 perusahaan besar; Audi, DKW,  Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam  bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas perusahaan ini), ertinya juga  ialah mendengar. Maka,nama Audi lah yang dipakai.
 Gambar  tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan  Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang  perusahaan Porsche.
 Kepala  Griffen (makhluk mitos kacukan singa dan helang) berasal dari jubah  Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di  Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.
 Bentuk  diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di  tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon  Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini  dijadikan logo Renault.
 Maksud  'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugus bintang  Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang  boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.
 3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas perusahaan ini pada saat awal didirikan.
 Volvo  bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan  bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi banyak dtemui di  Sweden.
 Yamaha  memakai lambang 3 garfu tala kerana pada awalnya mereka adalah  pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat  muzik
NOTA ALINAC-COPY FROM EMAIL















4 ulasan:
fuh.. tp ada juga masud yang kurang elok tentang lambang tu kan... macam alfa romeo...
ada yang cakap chevrolet tak elok sebab lambang salib. tapi tatau la. dni guna saga je pon ;p
waaa.. nice share
ooooooooooooooooooooooooooooooooo....baru tahu..heheh..nice sharing
best...
Catat Ulasan