Tangas Kering
WANITA
# Rawatan bagi wanita selepas bersalin
# Melancarkan proses haid wanita
# Mengurangkan keputihan dan alahan vagina
# Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
# Mengeluarkan toksin dalam tubuh
# Melancarkan pengaliran darah
# Mengatasi masalah kelesuan
# Membantu mengurangkan masalah berat badan
# Ramuan tangas kunyit, limau nipis, halia dan jintan hitam.
Tangas Basah
LELAKI/WANITA
# Digunakan untuk memecah lemak dan selulit
# Menghaluskan kulit
# Membuang toksin dalam badan
# Daun pandan dan air mawar
Tangas Duduk
WANITA
# Mengetatkan saluran vagina bagi perempuan yang sudah putus haid
# Menaikkan rahim jatuh
# Melancarkan proses perkumuhan
# Mengurangkan rasa pedih selepas membuang air kecil
# Ramuan tangas rempah ratus, daun sirih dan halba
Tangas rempah
LELAKI/WANITA
# Mengurangkan masalah bau badan
# Membuang angin dalam tubuh
# Memanaskan badan
# Memberi tenaga dan mengurangkan tekanan
# Meningkatkan daya tahan tubuh
# Ramuan tangas halia, halba dan jintan hitam.
Cara menggunakan set lengkap bertangas
Semua telah maklum faedah dan keberkesanan set lengkap
bertangas herba. Untuk lebih mengoptimumkan lagi faedahnya
marilah ikuti langkah langkah ini:
1. Panaskan batu sungai yang disertakan diatas dapur
gas sehingga merah(sebahagian saja) iaitu kira kira sepuluh minit.
2. Sementara menunggu batu sungai menjadi panas,
ambil 1/3 (sesudu) bahagian daripada ramuan herba yang disediakan
3. Bancuhlah ramuan tersebut dengan segelas air didalam periuk tanah sehingga
rata,
4. Apabila batu telah menjadi panas (sedikit merah sudah memadai), masukkan
kedalam periuk tanah yang telah tersedia bancuhan herba tadi. Serta merta
bancuhan herba tadi akan menjadi panas dan mengeluarkan wap herba yang
berkhasiat.
5. Masukkan periuk tanah tadi kedalam bangku bertangas.
6. Sebelumnya, pakailah kain sarung tangas paras leher dan
ketatkan dengan tali pencerut (seperti memakai telekong).
7. Duduklah diatas bangku bertangas dengan bahagian besar
lubang menghala kemhadapan.
8. Duduklah selama 15 - 20 minit sehingga badan kita berpeluh.
9. Jika tidak puas boleh ulang lagi dengan memanaskan terus
periuk tanah (batu sungai dikeluarkan ) sehingga menggelegak (mendidih)
dan ulangi proses tadi.
10. Perlu diingat setiap kali ingin memulakan sesi minumlah segelas air masak.
Harap semuanya akan mendapat faedah dari langkah ini.
nota Alinac- memang bgus buat tangas ni..kalo ada sesiapa nak
cuba bole la datang
ke mini salun yong :) harga murah2 sje~
9 ulasan:
bestnya yong ada mini salun... :)
yong nak buat bole tapi kat nerrrrrrr????? mahal tak???? hehehee
bertangas ni bertungku kan???
hoh, mini salun? add plz.. hehehe
tak pernah tahu pun pasal kebaikan bertanggas ni. tq yong!
woah, pest time dngar pasal menda ni.. huhu
awe kalu tibe2 nak bertangas boleh tak? hehe
nice info nih dear :)
uikss .. heheehe... saja je baca entry ni... bertangas memang petua zaman berzaman tapi tak ramai nak wat sbb leceh .. tapi baguslah kalau ada set macam ni.
sory la..memang tak da pengetahuan pasal bertangas...nasi tangas pernah la dengar..tapi bertangas first tyme dengar..new info..XD
Catat Ulasan