Selasa, 21 September 2010

:: SLICE CHEESE CAKE ::

salam semua..hari ni yong ada mood buat kek..saja test dulu..sbb jumaat ni umah yong ada buat makan-makan sket.sesiapa nk dtg sila la ya :)

gambar xlawa pon kan?? tp rasa dia mg sodap! serius..xde tipu punya..
kek tu nampak nipis sbb yong silap amik loyang..patot amik yg bulat kecik..skali amik yg besar.jadi meleper la kek yong :)

ni resepi nyer


SLICE CHEESE CAKE 

Bahan-Bahannya
4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2
200 ml susu segar
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
  4. Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang dalm tin kek berukuran 20 cm yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
  6. Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...

nota alinac-kalo makan time panas2..mmg besh ah! terangkat!

Tiada ulasan:

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...