Rabu, 19 Januari 2011

:: Punca Utama Kemerosotan Kewangan! ::

Salam sejahtera,


Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.


Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri. Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan
rakan-rakan sekalian.. manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..


1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.


2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!


3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada
perancangan untuk menguruskan kewangan.


4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu
menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.


5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan
agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.


6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh
membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang
sama sahaja!


7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.


Bagaimana? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?


Renung-renungkanlah...


Sekian,
Wassalam.




sumber-email

7 ulasan:

Amni berkata...

so far.. saya boleh simpan wang lagi... hehe...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

taida satu di atas...heheheh...tq tips ni..mmg berkesan

Mr feckry berkata...

gua setuju..tapi faktor ekonomi negara pun beri kesan juga

helmi berkata...

good tips...
sy boros maa....

suzzsuzie berkata...

betul sangat2 tu yong...sekarang dah taknak terjerat dengan kad kredit...tgn gatal je nak shoping kalau ada kad kredit ni

Ifan Qomarudin berkata...

Good advice, I wish I could...

Tanpa Nama berkata...

follow & blogwalking...

kalo free meh la jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)


p/s:tq coz sharing ur tips...sangat membantu..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...