Isnin, 17 Januari 2011

:: PMS: BUKAN PERKARA MAIN-MAIN ::

Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.
Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?
Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:
  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?
  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu

7 ulasan:

eqacashperlala berkata...

i blaja kat matrik dulu, perempuan yg mengalami senggugut yg terok ssh utk mengandung sbb progesterone.

progesterone halang dari ovum baru utk di bentuk.

alinac lover berkata...

@eqacashperlalaowh yeke..tq2..bg info berguna :)

Redbloodsnow berkata...

zie klo PMS mmg hangin satu badan yong. dillah selalu jd mangsa...hahaha

Puteri Zaza berkata...

zaza pon dulu masa xkawen lg klu period mesti ponteng kuliah...nak berdiri pon xleh..skrg neh lps bersalin xda dah pms neh..best sesgt

niDa berkata...

ye ke eqa. saya memang senggugut teruk skit. kalau x thn sgt sy amik pain killer. slalu nye seminggu or 2 mggu sblm period sy byk mkn buah and elakkan minum air gas and kafein.. cara tu berkesan jugak. cara ni sy bc kat paper..

bole tambah la yong.. hehehe

AngahSayang2314 berkata...

wah info yg bernas nie thanks yong

ardinihumaira berkata...

dni kalo pms besenya sakit belakang atau bad mood tahap nak lempang ;p

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...