Selasa, 1 Jun 2010

:: KEKUATAN SEBUAH DOA ::

Siti adalah seorang yang miskin. suaminya sedang sakit dan sudah berbulan-bulan tidak dapat bekerja. dia memiliki tujuh orang anak kecil yang sedang kelaparan di rumah. Suatu hari Siti pergi ke sebuah supermarket Parkson Ria dengan bajunya yang compang-camping. Dengan teragak-agak dia memohon agar dibolehkan berhutang.


Encik Kamal, si pemilik supermarket mengusirnya keluar. Sambil terus menggambarkan situasi keluarganya, si ibuterus merayu.

"Tolonglah, encik. Saya janji akan segera membayar hutang tersebut setelah mendapat wang."


Encik Kamal tetap tidak mengabulkan permohonan tersebut. alasan yang diberinya, "Kalau nak berhutang, awak perlu sekurang-kurangnya mempunyai kad kredit."


Di kaunter pembayaran, ada seorang pelanggan lain bernama Nurhaliza, seorang gadis ayu yang dari awal mendengar dialog tersebut. Dia mendekati keduanya dan berkata: "Tak apalah, Encik Kamal. biar saya saja yang bayar untuknya."


Kerana malu, si pemilik kedai akhirnya berkata, "Eh, takpelah, cik. Ini hal kecil aje. Kasihan juga saya tengok makcik ini."


Sambil berfikir sejenak, Encik Kamal akhirnya berkata, "Beginilah, makcik. Tuliskan senarai barang keperluan yang makcik perlu dalam kertas ini dan timbangkan beratnya. Saya akan memberikan potongan harga secara percuma mengikut berat kertas itu." katanya sambil tersenyum di dalam hati. sekurang-kurangnya tidaklah dia dianggap sebagai seorang yang tamak oleh gadis itu.


Dengan ragu-ragu dan hampir putus asa dengan tawaran tersebut, Siti menundukkan kepalanya sebentar sambil menulis sesuatu di atas kertas. setelah kertas tersebut diletakkan ke dalam timbangan, mata si pemilik kedai bagai terbeliak melihat jarum timbangan bergerak jatuh ke bawah secara mendadak. dia menatap pelanggan yang ingin menolong tadi sambil berbisik, "Benarkah apa yang aku lihat?"


Si pelanggan yang baik hati itu hanya tersenyum.


Semasa Siti mengambil barang-barang yang diperlukannya, Encik Kamal diam-diam mengalihkan kertas tersebut ke sisi timbangan yang lain. tetapi jarum timbangan masih jatuh ke bawah seolah-olah diletakkan guni pasir. Setelah siti mendapatkan semua barang-barang yang diperlukannya, Encik Kamal terus mengangkat barang-barang tersebut ke atas timbangan, sehingga tidak muat lagi tetapi masih tidak mampu menimbangi berat kertas tersebut.


Walaupun berasa aneh dengan fenomena itu, Encik Kamal tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara itu berlaku di luar jangkaannya. Setelah mengucapkan terima kasih, Siti beredar pulang ke rumah dengan hati gembira, sambil mengendong barang-barang yang diperolehnya. Suami dan anak-anaknya sedang setia menanti di rumah.


Setelah Siti hilang dari pandangan, si pemilik kedai diam-diam membelek kertas di atas timbangan tersebut. Tertulis sebuah doa pendek: "Tuhan, hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu perlukan. Hamba menyerahkan segalanya ke dalam tanganMu."


Apabila diteliti, akhirnya Encik Kamal mendapati timbangan yang dipakai tersebut ternyata rosak. Dia menyesal dan malu dengan keangkuhan dirinya sendiri.


Pengajaran: Hanya Tuhan yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berdoalah kepada TuhanMu yang Maha Pengasih, nescaya akan dikabulkanNya. kekuatan sebuah doa terletak pada keyakinan dan penyerahan kita pada pertolongan Allah

2 ulasan:

Nurul Harun berkata...

cerita benar ke ni dear?

alinac lover berkata...

@Nurul Harun i pon xtaw dear..ngee..tp sekurang2 nyer..citer ni ada pengajaran~

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...