Rabu, 23 Jun 2010

:: Aku yg bersalah ::

share story..xde kena mengena ngn aku ek~ ;P

Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

12 ulasan:

Mr feckry berkata...

nakal gile lu ek masa kecik

Nolee Zahari berkata...

haha xD

E.d.Y berkata...

haha..lawak2..

helmi berkata...

ingatkan cerite dia tadi.
heran jugak...bole jemaah skali dgn jemaah lelaki.

bellar0ssa berkata...

haha adooih.. tergelak baca kisah ni la.. hmm lawak2..huhu

☻UsaGi NaNa☻ berkata...

hahhahahhaah~~lawak nye....hahahaa~

alinac lover berkata...

@Mr feckryhahah..bukan gua la

alinac lover berkata...

@E.d.Ytaw xpe..hehe

alinac lover berkata...

@Nolee Zahari:)

alinac lover berkata...

@helmibkn i lah~~~

alinac lover berkata...

@bellar0ssai ketawa giler2

alinac lover berkata...

@☻UsaGi NaNa☻heheh~

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...