Khamis, 16 April 2015

RESEPI MUDAH AYAM PAPRIK ALA THAI

Assalamualaikum.. hari ni yong rajin. maka ada la masak sikit hehe actually tengah belajar memasak ni.. bagi lebih mahir. nanti dah kawin senang nak masak :p

ok so today kita masak Ayam Paprik ala thai. since teringin nak makan kacang panjang. so paprik la menu paling cepat daku fikir. mudah je sebenarnya nak masak. banyak guna sos-sos je. so tanpa membuang masa jom check it out resepi dan cara nak masak.


Penyediaan

Ayam (ikut suka nak masukkan berapa banyak)
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia seinci - dihiris
Cili merah - dihiris
Cili padi-ketuk sikit
Serai sebatang- dititik
Kacang panjang- potong kecil-kecil
Tomato sebiji - potong
Lobak merah sebatang - potong
Daun limau purut
1 sudu besar Sos tiram 
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar Cili kisar
Air
Minyak 
Garam secukupnya
Gula secukupnya


Cara masak

Masukkan minyak. Panaskan.
Goreng bawang merah, bawang putih, halia, cili merah. 
Masuk sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, cili kisar dan gaul sebati.
Masukkan air dan ayam. Juga garam dan gula.
Seterusnya masukkan lobak merah, kacang panjang, dan cili padi. Kacau lagi.
Bila kuah hampir pekat masukkan tomato. 
Cuba rasa sikit. if tak masin boleh tambah garam sikit lagi ye :)
dan siap!

Selamat mencuba.



1 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...