Selasa, 19 April 2011

Cukai Percukaian Dalam Perniagaan Internet

hari ni yong nak share satu artikel penting..


Salam Hormat Pembaca Budiman,
Hari ini saya akan berkongsi apa yang saya tahu mengenai percukaian dan cukai-cukai yang dikenakan dalam perniagaan internet. Soalan-soalan berkenaan cukai ini, banyak saya terima dari usahawan-usahawan atau businessman yang sedia ada dan berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka di internet.
Dan saya tahu, ramai yang ingin tahu berkenaan perkara ini. Nasihat saya, perkara ini adalah penting tapi bukan utama. Jadi jangan bimbang. Mari kita lihat.
Penafian: Saya bukan akauntan atau penaksir cukai bertauliah. Jika anda ingatkan nasihat professional sila rujuk kepada akauntan atau penaksir cukai bertauliah.
Selalunya di internet sebagai pembeli, kita tidak dikenakan cukai. Harga barangan yang kita beli ditambah kos penghantaran (shipping) jika ada. Itulah harga bersih yang kita perlu bayar ataupun Cost of Good Sold, jika kita jual balik.
Kecuali…
Kecuali ketika anda di dalam proses menerima barangan tersebut, ia ditahan kastam. Mengikut pengalaman kami, keadaan ini terjadi secara rawak. Antara sebab-sebabnya adalah:
1) Barangan terlalu berat (lebih 5kg)
Tumpukan untuk menjual barangan yang mudah-mudah sahaja di Internet.
2) Barangan terlalu besar
Jangan menarik perhatian kastam :wink:
3) Barangan dinilai terlalu berharga
Pastikan nilainya dibawah US$ 100. (Nilai tidak sama dengan harga)
4) Barangan tersebut dilabel sebagai “komersil”, tetapi anda tidak menyertakan invoicenya.
Invoice amat penting dalam urusan penghantaran barangan komersil.
5) Anda menghantar sesuati yang “Saspek”
Seperti CD & DVD. Walaupun ianya original, tetapi kastam akan tetap membuka dan memastikannya sebab ketulenannya tidak dapat dinilai dari luar sampul surat.
Dalam kes barangan anda ditahan kastam, anda (penerima/pembeli) perlu membayar cukai kastam ataupun barangan tersebut akan dirampas. Walaubagaimanapun, jika anda tidak bersalah menyeludup dan sebagainya, jangan bimbang.
Itu dari aspek kita sebagai pembeli. Sebagai penjual pula, biar saya kategorikan kelas-kelas cukai yang ada.
1) VAT (Value Added Tax)
VAT ini selalunya dikenakan untuk segala transaksi yang berlaku di antara penjual dari Eropah dan juga pembeli dari Eropah. Untuk mengelakkan double taxation (percukaian berganda untuk hasil yang sama), selalunya pembeli dari luar tidak akan dikenakan VAT oleh seller dari sana.
2) Sales Tax (Amerika Syarikat)
Amerika Syarikat adalah kesatuan negeri-negeri seperti Malaysia (federal), jadi sistemnya kompleks. Di sini, cukai akan dikenakan jika, pembeli dan penjual dari state yang sama. Contohnya, jika penjual dari California, dan pembeli pun dari California, cukai akan dikenakan. Saya pernah mendengar bahawa peraturan ini bergantung kepada sesebuah negeri tersebut. Delaware tidak mengenakan peraturan percukaian ini, sebab itu banyak syarikat asing mendaftarkan syarikat mereka di Delaware.
3) Good & Service Tax (GST)
Ia semacam cukai perkhidmatan yang kita bayar ketika mahu makan di restoran makanan segera. Cuma bezanya, ia tidak terhad kepada servis, tetapi juga barangan. Cukai ini telah berkuatkuasa di Australia dan Singapura (kalau tidak salah). Dan cukai inilah yang ditakuti kerana dengar khabarnya Kerajaan Malaysia sedang menimbang-nimbang untuk mengenakan cukai ini kepada perniagaan internet. Jikalau ia dikenakan, maka kita harus membayarnya sebagai penjual. Kita boleh mengutip cukai ini dari pelanggan ataupun menolaknya dari margin keuntungan.
4) Service Tax
Jika anda menawarkan perkhidmatan servis dan mempunyai syarikat berdaftar, tidak kiralah sama ada service tersebut ditawarkan di Internet ataupun di dunia nyata, anda perlu membayar cukai perkhidmatan. Cukai ini anda boleh kenakan kepada pelanggan ataupun tampung sendiri dari margin keuntungan. Cukai ini berkuatkuasa di Malaysia untuk pengetahuan anda. Cuma, anda dikenakan 5%, dan perlu membayarnya apabila kutipan anda mencecah RM 100,000 (revenue)
Perkara yang penting dalam percukaian:
1) Alamat syarikat anda berdaftar
2) Cara transaksi anda di rekod

Sedikit tips:
Jika anda ingin mencari konsultan cukai yang bertauliah, anda harus tahu bahawa Edagang atau Perniagaan Internet ini sesuatu yang baru dan maya. Tidak ramai yang benar-benar tahu mengenainya dan ia adalah Gray Area, tiada hitam putih yang jelas. Cuma kelabu. Cari konsultan cukai yang pakar mengenai “Double Taxation“. Konsultan ini dapat membantu anda menaksir cukai dengan lebih baik.
Pensyarah saya pernah memberitahu, “We must pay tax. We learn about tax, not to avoid it. Kita belajar mengenai tax supaya kita tidak membayar jumlah yang tidak perlu

Perkara Yang Lebih Utama Mengenai Cukai.
Cukai itu penting, tapi bukan utama. Buat sales (jualan itu utama). Jika anda tidak buat jualan, anda tidak akan dikenakan cukai bukan? Jadi belajar untuk membuat jualan dahulu… ;)
Oh ya, itu saya belum sentuh mengenai jenis-jenis cukai yang perlu dibayar Syarikat lagi. Mungkin nanti saya ulas, tapi jangan gundah juga. Penting, tetapi tidak utama. Syarikat perseorangan dan perkongsian tidak dikenakan cukai syarikat, tetapi pemiliknya dikenakan cukai pendapatan.

3 ulasan:

ardinihumaira berkata...

susah gak kan yong... dni yang belajar taxation pun blurr dengan kastam

!eNa PnG berkata...

Bnyk jugak jenis-jenis tax nie....

Tanpa Nama berkata...

good to share ni yong..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...